SEMARAK RAMADHAN: BUYUTUNA FI RAMADHAN

29 Mei, Manchester – Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang, satu ceramah telah diadakan bertempat di Pejabat Education Malaysia, Manchester. Ceramah ini bertajuk ‘Buyutuna Fi Ramadhan’ dan telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Hairozi bin Muhammad. Beliau merupakan Pengerusi JK Pembangunan Umat bagi IKRAM Johor dan juga merupakan Penolong Pengarah Dakwah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Di antara pengisian yang telah disampaikan ialah penekanan kepada umat Islam untuk menyediakan diri, mental dan fizikal untuk menjalani ibadah Ramadhan. Hal ini adalah supaya Ramadhan yang dilalui pada tahun ini lebih efektif terutama dari sudut kerohanian. Ustaz juga menyeru untuk para hadirin menyenaraikan sasaran ibadah atau mutabaah amal agar setiap individu dapat menyemak ibadah mereka setiap hari dan berusaha untuk memperbaiki  ibadah mereka. Penceramah turut menyatakan salah satu keistimewaan bulan Ramadhan adalah ganjaran –  ganjaran yang Allah berikan kepada hamba – hambaNya.

Ceramah ini telah diadakan untuk mempersiapkan minda dan rohani para peserta untuk menyambut Ramadhan dan untuk memperkenalkan IKRAM dan tokoh IKRAM kepada masyarakat. Diharap melalui aktiviti seperti ini, masyarakat lebih menjiwai ruh Ramadhan dan ia dapat membantu menyemarakkan semangat individu untuk menjalani Ramadhan dengan lebih bermakna.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s